Saturday, May 1, 2010


BARCELONA - Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola mempunyai tugas besar untuk menangani emosi pemain bagi menghadapi perlawanan penting La Liga, apabila berkunjung ke Villarreal hari ini.

Emosi pemain kelab Catalan itu terganggu, tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara, tunduk kepada Inter Milan, Rabu lalu.

Barcelona akan mengharungi empat perlawanan terakhir musim ini, dengan kelebihan satu mata mengatasi seteru utama, Real Madrid.

Biarpun masih mendahului liga dengan kelebihan satu mata, moral pemain Barcelona ternyata pudar, selepas kelab itu gagal ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara, setelah tumpas secara agregat kepada Inter.

"Kami perlu mengembalikan keyakinan seperti sebelum ini dan kembali bersemangat.

''Kami harus mempersiapkan diri dari segi psikologi dan merancang untuk menghadapi perlawanan esok.

"Pasukan ini tidak mempunyai masa yang panjang untuk membuat persiapan.

''Begitupun, kami kini perlu memberi tumpuan untuk menamatkan musim ini dengan sempurna," kata Guardiola.

Dalam pada itu, presiden Barcelona, Joan Laporta mengadakan lawatan selepas sesi latihan skuad Catalan itu, kelmarin.

Kunjungan Laporta pada sesi latihan tersebut adalah sebahagian daripada usahanya untuk memberi sokongan moral kepada pemain Barcelona.

"Untuk menjulang kejuaraan La Liga, kami perlu memenangi empat perlawanan selepas ini.

''Pasukan ini akan berusaha untuk melakukannya.

"Ketika mana ia mungkin sesuatu yang mudah untuk diperkatakan, kami harus memenangi kejuaraan liga menerusi aksi di tengah padang.

"Pasukan ini harus melakukan segala upaya yang mereka miliki, bagi memastikan kelab ini muncul juara liga.

"Kami kini berada pada kedudukan terbaik sebagai pendahulu liga.

''Tetapi pada masa yang sama, kami perlu meningkatkan lagi semangat di kalangan pemain," kata Laporta. - AFP

sumber utusan malaysia.

No comments:

Post a Comment